Thursday, April 29, 2010

Sayang Melayu? Sayang Islam?

Assalamualaikum w.b.t

Kepada sahabat-sahabat dan seluruh saudara islamku. Apa yang saya ingin nukilkan disini hanyalah sebuah pendapat dari saya insan yang lemah ciptaan Allah yang maha berkuasa tuhan seluruh alam. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu dari kelemahan saya. Jika ada yang buruk dan tak elok itu maafkanlah saya.

Perjuangan kita dimasa kini semakin tiada arah tujunya. Apa yang kita perjuangkan kini semuanya semata-mata kerana wang dan ringgit sahaja. Kita sebenarnya sudah lupa apakah tujuan hidup di muka bumi ini. Kita hidup di muka bumi ini adalah sebagai khalifah dan hidup berlandaskan apa yang Rasul s.a.w. telah tinggalkan iaitu AL-QURAN dan SUNAHnya. Kita sibuk dengan perjuangan yang tidak begitu penting disisi islam, kita juga tidak mengamalkan cara hidup islam lagi, akibat dari itu kita lihat masaalah sosial makin menjadi-jadi, anak haram dibuang sesuka hati, akhlak masyarakat pula semakin rosak, dan banyak lagi masaalah sosial yang berleluasa di masa kini. Kita semakin lupa.... sebab kita tidak mengamal..... kebanyakan dari kita kini hanya islam pada nama. Amalan islam dalam diri semakin berkurangan sedangkan islam itu telah lengkap segala-galanya dari pelbagai aspek kehidupan. Dari segi politik islam ada caranya. Dari segi ekonomi islam ada caranya. Dari segi sosial islam ada caranya, bukan itu sahaja malahan segenap aspek kehidupan ini islam ada caranya. Tapi mengapa kita tidak mengamalkan ?..... kerana lemahnya iman kita.....Mengapa ia lemah?.... kerana kurangnya amalan-amalan islam......Sedihnya......sedangkan Rasullullah s.a.w sehingga ia hendak pergi meninggalkan kita masih memanggil umati...umati...umati.......tanda sayangnya beliau pada kita....Pengorbananya......kasihnya tiada tolok bandingnya.... Tapi di masa kini kita tidak peduli pun tentang perjuanganya kerana apa kita telah semakin kurang mengamalkan cara hidup yang Rasul s.a.w telah ajarkan pada kita....Kita leka akibat lemahnya IMAN kita.

Kalau kita lihat dari segi politik apa yang KEBANYAKAN ahli politik kita perjuangkan tidak kira dari parti kerajaan mahupun pembangkang ...tidak lain lagi kuasa dan wang..... Pada pendapat andalah berapa ramailah agaknya yang berjuang demi agama tanpa ada kepentingan peribadi di dalam negara ini?....kalau ada pun kurang dari 5% sahaja kerana apa lemahnya iman dalam diri kita ini. Kita selalu anggap wang dan kuasa adalah kejayaan mutlak sebaliknya kita lupa ada akhirat yang sedang menanti....dan akhirat itu PASTI, PASTI, PASTI, akan tiba.......dan disitulah nanti akan menentukan KEJAYAAN sebenar kita.

Kita lihat pula dari aspek kepimpinan. Sesungguhnya kepimpinan melalui tauladan.... TAPI adakah pemimpin kita mengamalkan cara hidup islam......Bagaimana pemimpin kita memimpin keluarga mereka kearah islam?.......sebenarnya pemimpin yang baik mestilah berjaya memimpin keluarganya dahulu barulah boleh memimpin ke kelompok yang lebih besar....... Berjayakah pemimpin kita mengamalkan cara hidup islam dalam keluarganya?.......Berjayakah pemimpin kita membawa pula cara hidup islam itu dalam kelompok yang lebih besar? saya rasa tidak perlulah saya jawab segala persoalan tadi pasti anda sendiri akan tahu jawapanya....Akibat dari tauladan yang pemimpin kita bawakan itu akan turun dan meresap ke dalam masyarakat yang dipimpin oleh beliau. Akhirnya kita akan lihat buruk dan baiknya sebuah kepimpinan itu....

Kemudian aspek kehidupan kita pula....Adakah kita mengamalkan cara hidup islam secara keseluruhanya? kalau ya berapa peratus kah cara hidup islam itu yang kita amalkan.... saya rasa terlalu sedikit..... lihat contoh yang saya beri ini.....Bangun dari tidur adakah kita baca doa bangun dari tidur.....masuk ke tandas adakah kita baca doanya...keluar dari tandas?....ketika memakai baju?....ketika tgk cermin?....SOLAT SUBUH?....ketika keluar dari rumah? ketika naik kenderaan? dan banyak lagi amalan-amalan islam yang lain sehinggalah hendak tidur, adakah kita mengamalkan semuanya 100%? 70%? 50%? 30%? 10%? 5%? 1%? atau tidak mengamal langsung.....itu kita kenalah tanya pada diri kita sejauh mana amalan kita, tepuk dada tanya pada diri....... kemudian kita lihat pula dimana kita letakan keyakinan kita....contohnya bila kita pening atau sakit.... dan kita makan ubat kemudian kita sembuh apa yang kita kata.....bagusla ubat nie makan je terus baik pening...... Walhal ubat itu hanya asbab sahaja..... kerana apa? kita lupa siapa yang menyembuhkan kita .....ALLAH SWT..... jadi cuba kita fikir dimankah kita letak keyakinan kita?..... pada ubat atau pada maha pencipta....kerana apa lemahnya IMAN kita.....

Saudara-saudara islamku sekalian..... wujudnya blog ini tiada sedikit pun niat saya untuk mengajar saudara-saudara sekalian.....Tujuan saya ialah supaya dapat kita sama-sama belajar dan berjuang ke arah perjuangan yang lebih tulus.....perjuangan yang akan menentukan kejayaan kita yang lebih besar iaitu kejayaan di akhirat.... Saya juga seorang yang lemah .....perlu banyak lagi belajar....masih lemah imanya... mungkin saudaraku yang sedang membaca ini jauh lebih hebat imanya berbanding saya insan yang lemah ini....maafkan saya jika ada di antara kata-kata saya tadi menyinggung perasaan sesiapa. YAKINLAH PADA ALLAH sesungguhnya dia lah yang maha berkuasa dan maha mengetahui dalam segala bidang saya lebih sayangkan agama saya jika di bandingkan dengan bangsa saya... semoga penulisan ini dapat meningkatkan keimanan kita bersama....Wassalam.....